Rapido Malaysia Mantap di Hari Pertama Cub Prix 2025, Bukti Keupayaan Produk Tempatan di Litar Sepang
SEPANG, 19 April 2025 – Rapido Malaysia membuka tirai musim 2025 dengan langkah bergaya apabila komponen-komponen teknikalnya menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam hari pertama pusingan pembukaan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Dengan sokongan teknikal kepada beberapa pasukan utama seperti PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing Team, TKKR Racing Team, Maeztrro SCK Honda Racing Team, VOGE Racing Team dan AHM Motorsports, Rapido membuktikan keberkesanan produknya dalam keadaan perlumbaan sebenar yang mencabar.
Dominasi Awal Afif Bersama CKJ Racing
Afif daripada pasukan CKJ Racing mencuri tumpuan dengan prestasi konsisten di semua sesi, termasuk mencatat masa terpantas yang membolehkannya layak ke Superpole. Hujan yang melanda sesi QP2 tidak menghalangnya kerana masa yang direkodkan pada sesi terdahulu sudah mencukupi.
Pengurus Operasi Teknikal CKJ, En. Amir, menyatakan rasa puas hati dengan permulaan kukuh pasukan, namun masih melihat ruang untuk memperbaiki catatan masa berbanding musim lalu. “Kami gembira, tetapi belum capai tahap terbaik yang kami tahu mampu diraih,” jelas beliau.
Pasukan VOGE dan TKKR Fokus pada Data dan Akar Umbi
VOGE Racing Team memanfaatkan perlumbaan hari ini sebagai sesi pengumpulan data penting buat jentera factory mereka. Kekurangan masa ujian pramusim menjadi cabaran utama, namun pasukan kekal fokus dan tenang tanpa tekanan untuk keputusan segera.
Sementara itu, TKKR Racing Team kembali mewarnai Cub Prix dengan pendekatan baharu iaitu bermula semula dari akar umbi dan memberi tumpuan penuh pada pembangunan pelumba serta pasukan, berbanding penglibatan di peringkat Asia.
Komponen Rapido Terus Menyinar
Rapido terus menjadi tulang belakang teknikal kepada pasukan dengan penawaran komponen berprestasi tinggi, seperti:
•Cover set yang tahan lasak dengan ‘livery’ yang kekal utuh ketika panas ataupun dalam hujan.
•Sistem brek dan fork yang stabil di permukaan separa kering dan basah, mengurangkan risiko kemalangan.
•Footrest ergonomik yang memudahkan pelumba menukar gear secara lancar dan tepat.
Perlunya Ujian Pramusim: Suara Pasukan dan Media
Rapido dan TW Media menyokong cadangan agar ujian pramusim rasmi dianjurkan untuk membolehkan pasukan seperti VOGE Racing Team menguji jentera baharu dengan lebih menyeluruh sebelum musim bermula. Namun, pelaksanaan bergantung kepada ketersediaan dana dan perancangan penaja.
Rapido Malaysia kekal komited untuk menyokong industri perlumbaan tempatan dengan menyediakan teknologi dan komponen perlumbaan yang setanding dengan jenama antarabangsa.
Terus bersama Rapido, Kuasa Teknologi Tempatan di Litar!